Tak ramai yang pandai buat kuih koleh kacang ini. Kalau tak kena cara, memang tak akan menjadi.
Kuih orang lama ini masih digemari ramai sehingga sekarang. Wangi tahi minyak dan lemak manis gula merahnya sangat memikat hati.
Kalau ada yang teringin nak makan, boleh cuba buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Khomisah Komtom di bawah.
Baca juga: Sedap Macam Kaswi Pandan, Ini Tips Kuih ‘Khanom Pheak Phun’ Cantik Berkilat!
1. Satukan 300ml santan pekat dan 1 sudu besar garam. Masak di atas api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan.
2. Tapis supaya tahi minyak tidak hitam dan tabur atas kertas.
1. Masak bahan-bahan A sehingga gula hancur dan mendidih, jangan sampai air gula pekat. Kemudiah tapiskan menjadi 500ml.
2. Satukan pula bahan-bahan B, kacau sebai dan tapiskan ke dalam kuali.
3. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B, kacau di atas api sederhana besar sehingga pekat tak tidak melekat pada periuk. Pastikan jangan terlebih pekat kerana kuih akan menjadi plastik.
4. Kemudian masukkan 1 ½ sudu besar minyak masak tahi minyak supaya hasilnya lebih cantik dan berkilat.
5. Bila dah masak, tuang ke dalam loyang bersaiz 10 inchi yang sudah dilapik kertas dan disapu minyak.
6. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya ia melekat di atasnya. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom
Baca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…