resepi ayam masak kurma

Jika anda tiada idea untuk masak apa pada hari ini, kami cadangkan anda cuba resepi Ayam Masak Kurma yang mudah tapi lazat.

Ayam Masak Kurma merupakan salah satu hidangan lauk yang cukup terkenal di Malaysia. Walaupun disebut masak kurma, tapi ia tak menggunakan kurma sama sekali.

Malaysia terkenal sebagai negara berbilang kaum, banyak hidangan dari kaum lain yang dicuba seperti Ayam Masak Kurma yang merupakan citarasa masakan Arab atau India di Malaysia.

Nak tahu betapa mudahnya resepi Ayam Masak Kurma ini, anda boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Ila Senin di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Masak Bijan, Rasa Manis Memikat Walaupun Campak-Campak!

RESEPI AYAM MASAK KURMA

resepi ayam masak kurma

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam
  • Rempah kurma ayam
  • Rempah tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • 1 kotak santan pekat
  • Kentang
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula, secukup rasa

Bahan-bahan hiris:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawan merah
  • 2 cm halia

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bahan-bahan yang telah dihiris, kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumis biar naik bau.

2. Selepas itu, masukkan rempah kurma, kemudian tumis biar sampai garing dan wangi.

3. Seterusnya, masukkan ayam dan kacau sebentar. Masukkan pula santan, sedikit demi sedikit sampai habis, kemudian masukkan kentang yang telah dipotong 4 tadi.

resepi ayam masak kurma

4. Biarkan kira-kira 15 minit atau sampai ayam empuk dan kentang lembut.

5. Masukkan garam secukup rasa dan gula, kemudian masukkan cili merah yang telah dipotong. Biarkan mendidih sebentar dan boleh tutup api. Siap untuk dihidang!

Setelah mencuba resepi Ayam Masak Kurma ini, anda akan bau aroma kuahnya yang cukup memikat selera. Silap-silap, boleh bertambah nasi dibuatnya.

Ayam Masak Kurma ini sesuai dijadikan sebagai hidangan lauk tengah hari dan malam yang sedap buat seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ila Senin

Baca juga: Ayam Masak Kicap Madu, Lauk Paling Mudah Tapi Manis Cukup Rasa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN