Terdapat pelbagai resepi ayam masak kicap pekat yang boleh anda cuba. Ada yang jenis kering dan ada juga yang berkuah.
Jika anda sudah biasa dengan yang berkuah dan ingin mencuba versi kering, mari lihat resipi yang dikongsikan oleh Saudari Aimie Amira di bawah.
Menurutnya, lagi kering lagi sedap! Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Pandan, Ini Cara Mudah Tak Perlu Balut Daun!
RESEPI AYAM MASAK KICAP PEKAT & PEDAS
Bahan-bahan:
- Seekor ayam
- 4 biji kentang (dipotong wedges)
- Sebiji bawang besar (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 1 inci halia (dihiris batang)
- 4 ulas bawang putih, 1 bawang besar, 5-7 biji cili padi, 1 inci halia (dikisar)
- Cili kisar 2-4 sudu besar (ikutlah nak pedas mana)
- Rempah 4 sekawan (kayu manis 1, biji pelaga 3, bunga lawang 1, cengkih 3)
- Sos cili – 1 sudu besar
- Sos tomato – 2 sudu besar
- Kicap manis – 3 sudu besar
- Kicap pekat – 3 sudu besar
- Sos tiram – 2 sudu besar
- Gula
- Garam
- Bawang (potong bulat) – hiasan
- Cili merah (potong serong) – hiasan
Cara-cara:
- Goreng ayam separuh masak @ 3/4 masak & goreng kentang juga (agak garing).
- Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi & tumis rempah 4 sekawan + bawang merah + bawang putih (yang dihiris).
- Masukkan pula hirisan halia dan biarkan hingga naik bau.
- Masukkan bahan yang diblend tadi. Gaul-gaul sehingga agak masak. Kemudian, masukkan cili giling, biarkan sehingga naik bau. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Letak sedikit gula & garam secukup rasa.
- Masukkan ayam & kentang yang digoreng tadi & gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan bawang potong bulat dan cili merah (optional).
- Kacau hingga sebati dan siap.
Kredit: Almie Amira
Baca juga: Resipi Ayam Madu Sedap Menjilat Jari, Rasa Sebiji Ala Kedai Mamak