resepi ayam masak bali

Jika tiada idea untuk menyediakan lauk tengah hari atau malam di rumah, anda boleh cuba resepi Ayam Masak Bali yang kesedapannya cukup luar biasa.

Ayam Masak Bali ialah hidangan dari pulau Bali, Indonesia yang terkenal dengan aroma serai, daun kari serta perisa yang cukup lazat dimakan. Kini, ramai orang Malaysia yang suka memasaknya di rumah.

Walaupun ada banyak resepi Ayam Masak Bali, tapi kami berpendapat cara yang dikongsikan oleh Leha Yusuf di Facebook ini lebih menarik kerana cepat dibuat. Jom kita cuba!

Baca juga: Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

RESEPI AYAM MASAK BALI

resepi ayam masak bali

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Segenggam cili kering
  • 4 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit belacan
  • 8 batang serai (jika saiz serai besar, guna 5 saja sudah cukup)
  • 6 tangkai daun kari
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar kicap manis

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, bersihkan ayam, kemudian gaul dengan kunyit dan garam.

2. Selepas itu, goreng ayam tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan.

3. Kemudian, kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan belacan.

4. Guna minyak goreng ayam tadi dan goreng serai sampai separuh coklat, kemudian masukkan daun kari dan goreng sampai garing dengan api sederhana atau kecil saja.

5. Setelah itu, masukkan semua bahan yang dikisar tadi, kemudian masak sampai naik bau dan garing. Tunggu sampai pecah minyak.

6. Seterusnya, masukkan gula, garam dan renjiskan kicap.

7. Akhir sekali, masukkan ayam dan kacau sebati, kemudian biar dalam 5 minit. Siap untuk dihidang!

resepi ayam masak bali

Sesiapa pun pasti suka memasak hidangan lauk yang cepat siap, jadi kami yakin resepi Ayam Masak Bali ini pasti buat anda puas hati kerana lauk ini boleh buat orang makan sampai bertambah nasi dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Leha Yusuf

Baca juga: Resepi Ayam Masak Cabai, Ikut Cara Orang Dulu-Dulu Ini Dapat Aroma Luar Biasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN