resepi ayam gulung

Teringin nak makan kudap-kudapan ringan untuk minum petang? Jom cuba resepi ayam gulung seaweet yang sedap dan rangup ini.

Bila digigit, terasa isi ayam yang lembut. Ditambah dengan rasa pedas manis dari sos pencicah, memang buat makan tak cukup satu.

Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!

RESEPI AYAM GULUNG SEAWEED

resepi ayam gulung

Bahan-bahan (chicken mixture):

  • 400g-500g ayam kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih (pilihan)
  • 1 sudu kecil serbuk cayenne (pilihan)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara penyediaan:

  1. Gaul semua bahan hingga sebati dan perap seketika.

Bahan salutan:

  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 100ml-150ml air (ikut kepekatan yang diingini)
  • 4-6 helai nori (seaweed)
  • Sos cili (untuk pencicah)

Cara-cara:

  1. Masukkan adunan ayam ke dalam piping bag. Paipkan di atas helaian nori dan gulung dengan kemas. Lekatkan hujung gulungan dengan bahan salutan.
  2. Gunting gulungan mengikut saiz yang diingini.
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  4. Salut setiap gulungan dengan bahan salutan sebelum digoreng.
  5. Goreng hingga keemasan (golden brown).
  6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan bersama sos pencicah pilihan.

Sumber: Farah Atirah

Baca juga: Resipi Donut Selembut Sutera, Tak Perap Doh Pun Tetap Naik Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN