resepi donut

Nak buat donut lembut dan gebu tapi malas nak tunggu doh perap lama-lama? Resepi donut ini memang sesuai sangat untuk anda! Tak perlu tunggu doh naik berjam-jam, tapi hasilnya tetap lembut macam kapas, gebu dan sedap sampai ke malam.

Guna bahan ringkas yang memang ada kat dapur saja! Resipi ini juga sesuai untuk yang baru belajar buat donut, sebab tekniknya mudah dan confirm jadi. Jom cuba!

Baca juga: Cara Paling Mudah Buat Kuih Tepung Pelita, Tak Payah Kukus & Boleh Terus Makan!

RESEPI DONUT GEBU TANPA PERAP

resepi donut

Bahan-bahan:

  • 500g (½ kg) tepung gandum (jenama apa-apa pun boleh)
  • ½ peket yis segera (lebih kurang 5-6 gram, dari pek 11g)
  • 1 sudu makan gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan marjerin (boleh ganti dengan minyak masak jika tiada)
  • 1 sudu makan ovalette (jika tiada, gandakan jumlah kuning telur)
  • Secubit garam
  • 1 cawan air suam (anggaran dan tambah jika perlu)

Cara-cara membuat:

  1. Larutkan yis dan gula dalam 1 cawan air suam. Biarkan selama 5-10 minit hingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, marjerin, kuning telur, ovalette dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Tuangkan larutan yis tadi ke dalam adunan tepung. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Jika doh terlalu keras, tambahkan sedikit air. Kalau lembik sangat, tabur sedikit tepung.
  5. Doh tak perlu diperap. Bila doh dah elok, terus canai dan bentukkan jadi donut.
  6. Guna acuan donut atau kalau tak ada, tekap guna mulut cawan. Untuk lubang tengah, guna penutup botol air mineral atau penutup minyak 1 kg pun boleh. Janji jadi bentuk donut.
  7. Taburkan tepung atas talam supaya doh tak melekat. Bila semua siap dibentuk, biarkan naik selama 10-15 minit.
  8. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

Sumber: Mar Che

Baca juga: Resipi Pau Kari Ayam Lembut Bak Sutera, Putih Melepak & Montok Gebu Hasilnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN