Categories: Resipi

Resipi Ayam Black Pepper Kegemaran Satu Rumah, Lazatnya Sampai Hari-Hari Minta Masak Lagi!

Resepi ayam black pepper memang antara lauk yang tak pernah mengecewakan dan selalu jadi kegemaran ramai di rumah. Kombinasi rasa pedas lada hitam, masam manis dari sos, dan aroma tumisan bawang buatkan hidangan ini cukup menyelerakan walaupun dimakan dengan nasi putih sahaja.

Kalau pergi restoran pun menu ayam black pepper memang antara pilihan popular. Tapi sebenarnya, kalau buat sendiri di rumah lagi puas hati sebab boleh adjust rasa ikut selera. Nedas lebih, nak pekat lebih, semua boleh kawal.

Resipi ini juga sesuai untuk hidangan keluarga sebab bahan-bahannya mudah didapati dan cara memasaknya pun tak rumit. Dengan tambahan kentang goreng dan sayur segar, memang lengkap satu hidangan yang mengenyangkan.

Baca juga: Cara Defrost Ayam Beku Agar Cepat Cair, Guna Bahan RAHSIA Ini Sekejap Dah Lembut!

RESEPI AYAM BLACK PEPPER SIMPLE

Bahan utama:

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang merah besar
  • Bawang putih & halia (dikisar)
  • 1 biji tomato
  • 2–3 biji kentang (potong wedges, goreng dahulu)
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • Lada hitam (dikisar kasar)
  • Sedikit kicap pekat
  • Sedikit kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos lada hitam
  • Sedikit air

Bahan perap:

  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Sedikit halia & bawang putih (dikisar)
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan bahan perap selama 20–30 minit supaya rasa lebih meresap.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak sahaja. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia yang diblend bersama lada hitam hingga naik bau dan harum.
  4. Masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap manis dan kicap pekat. Kacau sebati sehingga kuah nampak sekata dan berkilat.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng bersama kentang goreng. Gaul rata supaya semua bahan disaluti kuah.
  6. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Kemudian masukkan tomato, cili merah dan cili hijau. Gaul sebati.
  7. Perasakan dengan garam secukupnya (boleh skip jika rasa sudah cukup kerana sos dan kicap sudah ada rasa).
  8. Bila kuah sudah pekat dan semua bahan mesra, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Shameema Ahamed

Baca juga: Tak Perlu Lauk Lain! Ayam Sambal Bawang Ini Buat Ramai Ketagih Nak Tambah Nasi

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

1 day ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

1 day ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

1 day ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

1 day ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

1 day ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

1 day ago