bubur ayam simple

Kalau anda tercari-cari resepi bubur ayam simple yang sedap dan mudah disediakan di rumah, inilah resipi yang patut anda cuba. Hanya guna bahan asas dan tak perlukan masa lama untuk disediakan.

Gabungan nasi lembik, isi ayam carik, lobak merah, halia dan taburan daun bawang serta bawang goreng menjadikan bubur ini lengkap dan menyelerakan. Yang penting, rasanya dijamin kena dengan selera ramai.

Baca juga: Resipi Bubur Candil Pelangi Dengan Kuah Santan Lemak Manis, Kenyal Bila Gigit!

RESEPI BUBUR AYAM SIMPLE

bubur ayam simple

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan beras
  • 1 kiub pati ayam (jenama pilihan)
  • Sedikit daun bawang (dihiris)
  • Lobak merah (dipotong halus)
  • Isi ayam (dipotong kecil atau dicarik)
  • Halia (dihiris nipis)
  • Cili merah atau cili padi (jika suka)
  • Bawang goreng (untuk taburan)

Cara-cara:

  1. Rebus ayam hingga masak, kemudian asingkan isi ayam dan simpan air rebusan sebagai stok untuk bubur.
  2. Basuh beras dan masak menggunakan air rebusan tadi.
  3. Apabila nasi mula lembik, masukkan kiub pati ayam. Kacau rata.
  4. Ambil sedikit isi ayam yang telah direbus tadi, carik atau potong kiub kecil, kemudian masukkan ke dalam periuk.
  5. Masukkan halia yang telah dihiris halus dan lobak merah jika suka. Masak seketika hingga semua bahan sebati.
  6. Potong cili dan daun bawang, kemudian taburkan di atas bubur bersama bawang goreng sebelum dihidang.

Sumber: Mas Aura

Baca juga: Resipi Bubur Berlauk Santan, Nampak Biasa Tapi ‘Berhantu’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN