ayam sambal merah

Ayam sambal merah memang hidangan kegemaran ramai dan sering jadi lauk wajib di kenduri kahwin. Biasanya, kita guna sos cili dan tomato, tapi tahukah anda, ayam masak merah tetap sedap walaupun tanpa sos!

Resipi ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, CC NoorisHaris. Ia cukup untuk hidangan 10 orang dan sangat sesuai untuk bajet makan sekeluarga. Yang paling penting, ia pastinya mudah untuk disediakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Kicap Empat Dara, Rasa Lagi Pedas & Berempah Dari Biasa!

RESEPI AYAM SAMBAL MERAH TANPA SOS CILI

ayam sambal merah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil, sekitar 30 ketul, digaul dengan serbuk kunyit dan digoreng ¾ masak)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1–2 helai daun pandan
  • 1 tin besar puri tomato
  • 2 sudu besar gula melaka (untuk warna merah gelap dan rasa memikat)
  • 8 sudu besar gula
  • Garam dan serbuk cukup rasa (secukupnya)
  • 1 tin kacang peas
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat dan digoreng untuk hiasan)
  • Cili merah/hijau dibelah untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis cili kisar, bawang putih kisar dan daun pandan dengan api sederhana selama lebih kurang 5 minit atau sehingga wangi dan naik minyak.
  2. Apabila tumisan sudah pecah minyak, masukkan 1 tin besar puri tomato. Kacau rata.
  3. Tambahkan 2 sudu besar gula Melaka untuk memberi warna merah gelap dan rasa manis yang seimbang. Masukkan juga 8 sudu besar gula, garam dan serbuk cukup rasa mengikut selera. Kacau sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuah. Gaul rata supaya ayam bersalut sempurna. Kemudian, masukkan 1 tin kacang pis dan biarkan seketika agar semuanya meresap elok ke dalam kuah.
  5. Untuk hiasan, taburkan bawang besar yang telah digoreng bersama cili merah dan hijau di atas ayam masak merah sebelum disajikan. Hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi putih panas-panas!

Sumber: CC NoorisHaris

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam Khairul Aming, Kuah Pekat & Pedas Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN