Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadhan adalah air khatira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat dan tak menggunakan bahan yang asli. Air khatira ni sangat menyegarkan, berlemak dan cukup rasa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
15 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadhan adalah air khatira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat dan tak menggunakan bahan yang asli. Air khatira ni sangat menyegarkan, berlemak dan cukup rasa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
Jika dah kembang, boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
Potong badam, cincang pun boleh. Carik halus daun pandan, sekadar untuk hiasan.
Rebus daun pandan dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau.
Satukan semua bahan yang telah disediakan. Bahan rendam tadi, perlu ditoskan.
Siap dan boleh diminum sejuk-sejuk. Rasa dia menyegarkan dan beraroma.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…