Categories: Resipi

Resipi Asam Rebus Ikan, Kuah Masam Pedas & Wangi Daun Kesum Memang Terangkat!

Resepi asam rebus ikan antara masakan kampung yang ringkas tapi tetap membuka selera. Kuahnya yang masam-masam pedas dengan aroma daun kesum memang sesuai jadi penghilang rasa jemu.

Asam rebus ikan juga istimewa kerana cara masaknya sangat mudah. Tak perlukan banyak bahan pun, cukup dengan ikan segar, sedikit cili, bawang, belacan, kunyit, asam keping dan halia.

Baca juga: Ikan Cencaru Sumbat Lada, Resipi Guna Bahan Ringkas Tapi Padu Sampai Jilat Jari!

RESEPI ASAM REBUS IKAN

Bahan-bahan:

  • Ikan (kembung, selar, mata besar atau apa-apa jenis ikan yang sesuai)
  • Bahan kisar: bawang merah, bawang putih, cili padi, cili besar merah, belacan, halia (sikit saja, kalau banyak boleh pahit)
  • Asam keping
  • Serbuk kunyit
  • Daun kesum (kalau tak ada pun tak apa)
  • Garam & perasa secukupnya

Cara memasak:

  1. Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan kisar. Buka api dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan asam keping, serbuk kunyit, garam dan perasa secukupnya.
  3. Bila kuah dah mengelegak, masukkan ikan bersama daun kesum. Jangan masak terlalu lama, cukup sampai kuah mendidih sekali lagi.
  4. Tutup api, siap untuk dihidang!

Tip tambahan:

  • Gunakan halia sedikit saja supaya kuah tak jadi pahit. Kalau risau, boleh hiris halia nipis-nipis sahaja.
  • Belacan pula jangan terlebih, cukup letak sedikit untuk naikkan rasa “kick”.

Sumber: Sis Auni

Baca juga: Resipi Ikan Kicap Halia Ala Restoran Cina, Tak Guna Bahan Banyak Tapi Padu Lain Macam!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

6 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago