apam coklat

Resipi apam coklat kukus ini berbeza dari biasa kerana menggunakan acuan kuih kaswi gedik. Jadi, hasil bentuknya kelihatan lebih menarik dan menyelerakan. Selain itu, nampak cantik jika dihidangkan di atas meja pada majlis istimewa.

Walaupun rupanya nampak istimewa, cara membuatnya sebenarnya sangat mudah. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas dan kebanyakannya memang sudah ada di dapur. Hanya perlu gaul dan kukus, kemudian siap untuk dinikmati bersama keluarga.

Apa yang membuatkan apam coklat ini digemari ramai ialah teksturnya yang lembut, gebu dan penuh rasa coklat yang tidak menjemukan. Makan banyak pun tak muak langsung!

Baca juga: Resipi Apam Nasi ‘Anti-Gagal’ Sukatan Cawan, Dijamin Lembut & Gebu Walaupun Pertama Kali Buat!

RESEPI APAM COKLAT KUKUS TWISTER

apam coklat

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bikarbonat soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 biji telur saiz A (atau 5 biji telur saiz C)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan air panas

Cara-cara penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat soda ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Masukkan telur, gula dan susu pekat ke dalam pengisar. Kisar sehingga adunan kembang dan sebati.
  3. Tambahkan garam dan air panas, kemudian kisar atau gaul sehingga rata.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas yang lebih besar. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.
  5. Masukkan minyak masak dan kacau lagi sehingga adunan licin tanpa ketulan.
  6. Sapukan sedikit minyak pada acuan atau loyang sebelum menuang adunan.
  7. Kukus selama 15 hingga 20 minit jika menggunakan acuan kecil. Jika menggunakan loyang besar, kukus sekitar 40 minit atau sehingga masak.
  8. Untuk memastikan apam telah masak sepenuhnya, cucuk dengan lidi. Jika lidi keluar bersih tanpa adunan melekat, apam sudah boleh diangkat.

Sumber: Marina Miskam

Baca juga: Resipi Apam Pisang Coklat Chip Guna Blender, Nak Hasil Gebu Gebas Ada Petuanya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN