resipi jemput pisang

Kalau ada yang selalu gagal buat jemput pisang rangup di luar dan lembut di dalam serta bulat elok bentuknya, jom cuba resipi jemput pisang yang dikongsikan oleh Puan Sharifah Nor Hj Abdullah.

Biasanya, ada yang guna soda bikarbonat atau serbuk penaik supaya jemput pisang lebih kembang. Tapi sebenarnya, tanpa bahan itu pun kita masih boleh hasilkan jemput pisang yang cantik, bulat elok dan sedap dimakan kalau kena cara dan teknik yang betul.

Resipi ini sangat sesuai untuk sesiapa yang nak buat kuih ringkas di rumah tanpa perlu banyak bahan. Lagi menarik, tak perlu sukatan yang terlalu yang ketat. Cuma ikut kepekatan adunan dan teknik menggoreng sahaja.

Baca juga: Resipi Cekodok Oat Versi Sihat Tapi Tetap Rangup & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Anak!

RESIPI JEMPUT PISANG RANGUP & BULAT ELOK

resipi jemput pisang

Bahan-bahan:

  • Pisang (jenis pisang masak ranum – ikut suka, lenyekkan)
  • Tepung gandum (guna jenama Bakers Choice atau mana-mana tepung gandum biasa)
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Garam secubit (optional untuk seimbangkan rasa)

Nota: Sukatan semua main agak-agak ikut kepekatan adunan dan jumlah pisang yang digunakan.

Cara-cara penyediaan:

  1. Lenyekkan pisang sehingga hancur dan lembut. Tak perlu terlalu halus, boleh ada sedikit tekstur.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam pisang yang telah dilenyek. Gaul hingga sebati.
  3. Tambahkan 1 sudu besar tepung beras ke dalam adunan. Ini rahsia untuk dapatkan jemput pisang yang rangup di luar dan lembut di dalam.
  4. Gaul sehingga adunan menjadi pekat dan tidak terlalu cair. Adunan jangan lebih banyak tepung daripada pisang.
  5. Penting: jangan tambah air langsung dalam adunan. Pisang sudah cukup untuk lembapkan adunan.
  6. Panaskan minyak dalam kuali.
  7. Untuk dapatkan bentuk jemput pisang yang bulat dan comel, ambil adunan guna jari dan jatuhkan terus ke dalam minyak panas. Jangan guna sudu.
  8. Goreng hingga kekuningan dan rangup di luar. Angkat dan toskan minyak.

Sumber: Sharifah Nor Hj Abdullah

Baca juga: Resipi Cekodok Durian, Bau Harum Waktu Goreng Buat Tak Sabar Nak Ngap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN