resepi apam cheese

Jika ditanya tentang kuih yang ringkas dan sedap dimakan, semestinya apam menjadi pilihan ramai. Paling teruja, ada resepi Apam Cheese kukus yang paling mudah dibuat tau.

Apam merupakan sejenis kuih tradisional yang boleh dibuat dalam pelbagai jenis perisa dan antara yang disukai ramai ialah Apam Cheese.

Walaupun nampak seperti kuih biasa saja, namun Apam Cheese sentiasa menjadi permintaan ramai di media sosial terutama sebagai hidangan jamuan atau potluck.

Perkongsian hasil daripada resepi Apam Cheese kukus oleh Zura Zul di Facebook begitu gebu sampaikan ramai tertarik melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Apam Kampung Mudah Dengan 5 Bahan, Lembut Kejadiannya!

RESEPI APAM CHEESE KUKUS

resepi apam cheese

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung superfine
  • 2 biji telur gred A atau B
  • ¾ cawan gula kastor (nak manis lagi boleh tambah)
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 cawan susu cair
  • 2 keping cheddar cheese
  • 1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masak susu cair dan cheddar cheese dengan api sederhana sehingga cheese larut, kemudian sejukkan.

2. Selepas itu, mix gula, telur, ovallete dan esen vanilla sehingga putih gebu, kemudian masukkan susu cair bersama cheese tadi dan mix seketika.

3. Seterusnya, masukkan tepung gandum sedikit demi sikit dan mix sehingga sebati.

4. Sediakan acuan lompang saiz kecil dan letak paper cup, kemudian sudukan adunan sampai cup penuh (saya guna piping bag).

5. Akhir sekali, pastikan air kukusan betul-betul mendidih dan kukus selama 10 hingga 15 minit dengan api sederhana. Siap!

resepi apam cheese

Tak susah nak sediakan hidangan sarapan atau minum petang, buat saja resepi Apam Cheese kukus ini di rumah. Bukan setakat tak perlukan bahan yang banyak, malah ia cepat siap.

Hasilnya yang gebu gebas dan lembut apabila dimakan membuatkan sesiapa saja seronok menikmatinya. Jika anda buat untuk keluarga di rumah, pasti mereka memuji kesedapannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Apam Dewa Gebu Gebas, Nak Bercorak Cantik Guna Teknik Ini Sebelum Kukus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN