almond clusters

Siapa sangka dengan hanya dua bahan, anda boleh menghasilkan snek yang sangat premium dan digemari seisi keluarga? Almond Clusters atau juga dikenali sebagai ‘coklat badam’ sering menjadi rebutan setiap kali tibanya musim perayaan.

Rahsia kesedapannya terletak pada teknik menyangai badam sehingga cukup rangup dan penggunaan coklat yang berkualiti tinggi. Jom kita lihat cara penyediaannya yang sangat ringkas ini.

Baca juga: Resipi Biskut Jejari Oat Sedap Buat Kudapan, Tak Sedar Sebalang Boleh Habis

RESEPI ALMOND CLUSTERS

almond clusters

Bahan-bahan:

  • 1kg badam (almond strips)
  • 1kg milk chocolate coin

Cara-cara penyediaan:

  1. Sangai badam (goreng tanpa minyak) di dalam kuali dengan api kecil sehingga badam terasa ringan dan rangup. Ketepikan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
  2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double-boil. Pastikan air di bawah tidak menyentuh bekas coklat agar coklat tidak rosak. Anda juga boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) dengan memanaskannya setiap 30 saat sehingga cair sepenuhnya.
  3. Setelah coklat dan badam berada pada suhu bilik (pastikan kedua-duanya tidak panas), tuangkan badam ke dalam bekas coklat. Gaul rata supaya setiap helaian badam disaluti coklat dengan sempurna.
  4. Sediakan kertas paricmen (parchment paper) atau cawan kertas (mini paper cup). Gunakan sudu kecil dan sudukan adunan tadi mengikut saiz yang anda inginkan.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 hingga 15 minit sehingga coklat mengeras sepenuhnya.
  6. Keluarkan dari peti sejuk dan segera susun di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupan badam tersebut.

Sumber: Muhammad Fadzul Ilahi Azhar

Baca juga: Resipi Biskut Coklat Chip Mudah, Hanya Guna Sebuku Butter Dapat 200 Biji!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN