“Waktu cuaca panas macam ni, jom cuba buat sendiri resepi aiskrim milo. Barulah lagi jimat dari beli.”
Sebenarnya,tak susah mana pun kalau nak buat aiskrim homemade. Yang seronoknya, kita boleh tambahkan apa-apa bahan tambahan yang kita suka dan olah mengikut perasa yang disukai.
Cuaca di Malaysia yang kadang-kadang terlampau panas membuatkan tekak rasa tidak selesa dan inginkan sesuatu yang sejuk. Memang ‘ngam’ sangat kalau makan aiskrim coklat ni.
Untuk perkongsian kali ini, MyResipi ingin kongsikan sebuah resepi yang cukup mudah. Percaya tak, hanya dengan 5 bahan, anda dah boleh membuat sebekas Aiskrim Coklat.
Resepi ini merupakan hasil perkongsian oleh D’jara Twin. Mari kita ikuti resepi lengkap di bawah.
Baca juga: Cara Buat Aiskrim Asam Boi Lagi Sedap, Ais Jadi Lebih Halus Jika Tambah 2 Bahan Ini
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun (mixer) dan adun sehingga pekat dan sebati.
2. Apabila sudah pekat, masukkan ke dalam bekas.
3. Hias dengan coklat chip. Kemudian masuk dalam peti ais semalaman.
4. Selepas semalaman, aiskrim sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: D’jara Twin
Baca juga: Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri
Resepi kerabu kaki ayam ini memang boleh buat lupa lauk lain! Kaki ayam yang kenyal…
Badan selalu terasa lenguh dan otot pula mudah tegang selepas melakukan aktiviti harian? Ada satu…
Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…
Kalau sebut tentang masakan tradisional Melaka, masak lada antara lauk yang cukup terkenal dan digemari…
Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…
Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…