resepi air strawberry

Pelbagai jenis minuman yang sesuai untuk berbuka puasa yang kita boleh cuba. Salah satu air tersebut adalah resepi air strawberry lemon tea.

Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, pastinya minuman ini dapat menghilangkan rasa haus setelah seharian berpuasa. 

Jom MyResipi kongsikan satu minuman yang sesuai diminum semasa berbuka puasa yang dikongsi oleh Saudari Nik Syuhada Raem di platform Lemon8.

Baca juga: Resipi Strawberry Acai Lemonade Ala-Ala Starbucks, Sejuk Tekak Dibuatnya!

Resepi Air Strawberry Lemon Tea

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Rendam undang teh di dalam air panas. Biarkan sehingga air bertukar kepada warna coklat. Jangan tambah sebarang gula.

2. Di dalam gelas yang sama, letakkan ais secukupnya dan tuangkan sedikit sahaja perisa strawberry ke dalam gelas tersebut. Pastikan letak sedikit saja perisa strawberry supaya air ini lebih kepada air ‘sihat’.

resepi air strawberry

3. Tambahkan lemon yang dipotong nipis ke dalam gelas.

4. Untuk hiasan, letakkan hirisan lemon pada bibir gelas.

resepi air strawberry

5. Air ini sangat bagus untuk diminum kerana dapat mengawal penuaan kulit wajah dan membaiki sel kulit mati pada kulit serta membantu proses pembuangan toksin dalam badan.

6. Ubah jumlah bahan mengikut kuantiti air yang mahu dibuat. Selamat mencuba!

Kredit: it’snsraem

Baca juga: Bestnya Minum Air Soda Herbs Untuk Berbuka! Segar Satu Badan Dibuatnya..

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN