Jom cuba resepi air jagung ini. Jagung sebenarnya boleh diolah dengan pelbagai menu antaranya puding jagung, cucur jagung dan juga air jagung.
Setelah seharian menahan dahaga, nikmatnya kalau dapat minum air yang menyejukkan tekak kan? Resipi air jagung ini betul-betul sedap dan tidak hanya berasaskan pewarna semata-mata.
Memang puas hati kalau dapat minum berbuka nanti. Boleh bikin ketagih dibuatnya ! Jom kita lihat resipi di bawah yang telah dikongsikan oleh Saudara Hamdan Mubarak.
Baca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini
RESEPI AIR JAGUNG KETAGIH
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar susu cair
- 3 sudu besar jagung tin
- 2 sb perisa jagung
- 1 sudu kecil perisa sirap
Cara-cara:
1. Sediakan jug air pilihan anda. Masukkan 3 sudu besar susu pekat dan 2 sudu besar susu cair.
2. Kemudian, letakkan 3 sudu besar jagung tin dan 2 sudu besar perisa jagung.
3. Masukkan juga 1 sudu kecil perisa sirap. Kemudian kacau menggunakan sudu sehingga semuanya sebati, warna cantik dan tekstur pekat.
4. Letakkan ais secukupnya mengikut kesukaan anda. Kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi: Hamdan Mubarak
@hamdanmubarak_ Berbuka Day 1 – Air Jagung Ketagih #hamdanmasak #makanlokal #foodie #food #tiktokchef #InspirasiRamadan#BukaPuasa
Baca juga: 5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!