
Kalau sebut menu simple tapi sedap, air asam telur rebus memang antara yang wajib cuba. Gabungan telur rebus dengan kuah air asam yang masam, pedas dan sedikit manis memang buat selera terus terbuka.
Menu ini sangat sesuai untuk hari-hari sibuk atau bila tak ada idea nak masak lauk apa. Bahan pun mudah, kebanyakannya memang sudah ada di dapur rumah. Tak perlu masakan yang rumit, cukup dengan beberapa bahan asas sahaja sudah boleh hasilkan hidangan yang padu.
Yang paling menarik, rasa air asam ini boleh diubah ikut cita rasa sendiri. Nak lebih masam, pedas atau manis pun boleh ubai suai. Sebab itu menu ini memang mudah jadi kegemaran ramai dan sesuai dimakan bila-bila masa.
Baca juga: Resipi Telur Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Lauk Ringkas & Jimat Tapi ‘Mengancam’ Sedapnya!
RESIPI AIR ASAM TELUR REBUS

Bahan-bahan:
- Telur ayam (rebus ikut tahap kesukaan, separuh masak atau keras)
- 1 sudu pes asam jawa
- 1/2 mangkuk air
- 2 biji cili merah (dipotong halus)
- 1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
- 2 titik sweet drop (atau gula secukup rasa)
- Garam secukup rasa
- Daun ketumbar (hiasan)
Cara-cara penyediaan:
- Mula-mula, rebus telur ayam mengikut tahap kesukaan. Kalau nak lebih sedap, boleh buat telur separuh masak supaya kuning dia lebih lemak dan cair.
- Sediakan air asam dengan mencampurkan pes asam jawa, air, cili merah, bawang besar, sweet drop dan garam ke dalam satu mangkuk.
- Gaul semua bahan air asam sehingga sebati dan biarkan ia “serasi” sekejap dalam 5 hingga 10 minit supaya rasa dia lebih mesra dan sebati.
- Biasanya air asam ni akan dibuat selepas telur siap direbus supaya lebih fresh dan sedap.
- Bila telur dah siap, potong kepada dua bahagian dan susun dalam pinggan.
- Curahkan air asam tadi ke atas telur rebus dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
- Siap untuk dihidang dan dimakan terus!
Sumber: Thread @timketorae
Baca juga: Resipi Telur Rebus Sambal Balado, Menu Jimat Poket Tapi Tetap Lazat Menyelerakan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














