resepi agar-agar santan

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak ajak anda buat resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi yang sungguh cantik.

Agar-Agar Santan adalah pencuci mulut kegemaran orang dulu-dulu. Bukan saja orang dewasa, malah kanak-kanak pun suka makan kerana rasa lembutnya yang betul-betul sedap.

Norfalisa Norman telah kongsikan hasil daripada resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi di Facebook yang cukup mengagumkan sampai ramai memujinya. Jom kita cuba!

Baca juga: Agar Agar Santan Pandan, Ini Petua Supaya Kepala Santan Tak Pecah Lemak

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN LAPIS PELANGI

resepi agar-agar santan

Bahan A:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1200 ml air
  • 200 gm gula

Pewarna:

  • Hijau
  • Merah
  • Kuning
  • Biru
  • Purple

Bahan B:

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 400 ml santan
  • 800 ml air
  • 200 gm gula
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat:

1. Masak bahan A hingga hancur kecuali pewarna.

2. Kemudian tapiskan, letak dalam mangkuk, biarkan dalam bekas lain (kaedah double boiler) atau biarkan dengan api yang kecil.

3. Masak bahan B hingga hancur,kecuali santan dan garam.

4. Apabila sudah masak, masukkan santan dan garam, didihkan sekejap saja, buat seperti bahan A, tapis letak dalam mangkuk dan biarkan dalam bekas lain (double boiler) atau biarkan di atas api kecil.

Cara-cara melapis:

1. Sukat 250ml agar2 (A) dan letak pewarna dan masukkan dalam loyang’

2. Biarkan 5 minit atau agak keras.

3. Lapisan pertama yang sudah agak keras itu, lorek-lorek sedikit di permukaan agar-agar yang sudah agak keras tadi supaya lapisan seterusnya akan melekat.

4. Sukat lagi 250ml agar-agar (B) dan tuang dalam loyang, biarkan dalam 5 minit.

5. Ulang langkah seterusnya secara berselang seli hingga habis,tapi setiap kali giliran agar-agar (A) kena letak pewarna kesukaan anda, tapi jangan lupa setiap lapisan yang sudah keras mesti dilorek-lorek dengan pisau atau garfu dahulu.

6. Agar2 (B) tetap clear dengan warna putih santan saja, ala-ala macam kek lapis. Siap!

resepi agar-agar santan

Jika tak suka manis, anda boleh kurangkan sukatan gula dalam resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi ini, tapi kena pandai agak-agak kemanisan yang diinginkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Norfalisa Norman

Baca juga: Agar Agar Santan Gula Melaka, Resipi Tanpa Telur Ini Lebih Terasa Nikmatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN