agar agar lumut

Kalau anda teringin nak buat agar agar lumut pandan yang mudah, sedap dan berlemak, wajib cuba resipi perkongsian oleh Cikgu Muhammad Ali di bawah ini.

Agar-agar lumut terkenal dengan tekstur lembut dan aroma pandan yang wangi. Ditambah dengan santan berkrim, hidangan pencuci mulut ini pasti menjadi kegemaran keluarga.

Anda boleh ubah tahap kemanisan mengikut cita rasa masing-masing. Aroma pandan yang segar menjadikan setiap suapan terasa cukup istimewa.

Baca juga: Resipi Puding Roti Air Fryer Dengan Sos Kastard, Hanya 8 Minit Dah Siap Masak!

RESEPI AGAR AGAR LUMUT PANDAN

agar agar lumut

Bahan-bahan:

  • 12 gram agar-agar tali
  • 4 cawan air
  • 4-5 helai daun pandan
  • 200 ml santan
  • 1 biji telur gred A
  • 125 gram gula (lebih kurang setengah cawan, boleh tambah jika mahu manis)
  • 1 sudu kecil pewarna hijau (pilihan)
  • Loyang 8 inci

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar 4-5 helai daun pandan bersama 1 cawan air. Tapis untuk mendapatkan air pandan yang segar dan wangi. Ketepikan.
  2. Kacau sebati 200 ml santan dengan 1 biji telur gred A. Untuk tekstur lebih halus, boleh kisar santan bersama telur. Ketepikan.
  3. Panaskan 4 cawan air bersama 12 gram agar-agar tali di atas api sederhana hingga mendidih.
  4. Masukkan gula, air pandan, campuran santan dan telur, serta pewarna hijau. Kacau rata supaya tidak bergumpal.
  5. Biarkan mendidih selama 1-2 minit tanpa dikacau agar santan tidak terpisah dari air.
  6. Matikan api, kacau sebentar, kemudian tuang ke dalam loyang 8 inci.
  7. Biarkan agar-agar pada suhu bilik selama 30-40 minit sebelum masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam. Setelah sejuk, agar-agar sedia untuk dinikmati.

Sumber: Muhammad Ali

Baca juga: Nampak Macam Puding Karamel Biasa Tapi Resipi ‘Quesillo’ Ini Berbeza, Tekstur Lebih Berkrim!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN