acar timun

Kalau sebut pasal acar timun, ramai yang terbayang rasanya yang masam, manis dan pedas memang buat selera terbuka. Paling sedap kalau dimakan dengan ikan goreng panas-panas atau telur dadar.

Sebenarnya, acar timun ini antara lauk yang biasa dibuat di kampung, terutamanya di Terengganu. Walaupun ringkas, tapi rasanya memang sedap dan tak pernah mengecewakan.

Kalau anda belum pernah cuba, bolehlah ikut resipi yang kami kongsikan di bawah ini. Bahannya mudah, cara masaknya pun senang. Yang penting, anda boleh ubah suai rasa masam dan manis ikut cita rasa sendiri.

Baca juga: Resipi Popia Goreng Cheese Yang Rangup Leleh Bila Makan, Yang Pasti Tak Berminyak!

RESEPI ACAR TIMUN

acar timun

Bahan-bahan:

  • Timun (dipotong ikut suka)
  • Cili kisar
  • Bawang kisar (bawang besar & bawang putih)
  • Cuka
  • Bawang besar (jika suka, boleh potong bulat)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara membuat acar timun:

  1. Tumis cili kisar dan bawang kisar hingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air. Jika nak kuah lebih pekat, letak air sedikit sahaja.
  3. Masukkan cuka, garam, gula dan perasa. Letak cuka sedikit-sedikit ikut tahap
  4. kemasaman yang anda suka. Kalau saya, lebih suka rasa masam-manis yang seimbang.
  5. Masukkan bawang besar jika mahu (saya tak letak sebab kurang gemar).
  6. Akhir sekali, masukkan timun. Biarkan sekejap hingga timun agak lembut, kemudian tutup api.

Acar timun ni sedap dimakan bersama ikan goreng panas-panas atau telur dadar. Memang ringkas, tapi cukup menyelerakan.

Sumber: Noorhafizah Ismail

Baca juga: Resipi Paprik Ayam Ini Simple Saja, Tapi Sedapnya Serius Tak Cukup Satu Pinggan Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN