Acar timun Sarawak ini sangat berbeza dari acar timun mentah yang biasa kita makan di kenduri. Acar timun ini sedap dimakan dengan keropok.
Apa yang berbeza, timun dan lobak harus diperap terlebih dahulu dengan cuka dan jemur di bawah matahari.
Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi penuh di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan.
Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!
RESEPI ACAR TIMUN SARAWAK
Bahan-bahan:
- 300 gram timun – buang empulur – potong sepanjang 3cm
- 150 gram lobak merah – kupas kulit – potong sepanjang 3 cm
- 2 biji cli merah – buang biji – potong sepanjang 3 cm
- 2 biji cili hijau – buang biji – potong sepanjang 3 cm
- 2 sudu makan udang kering – rendam hingga lembut
- 3 sudu makan cuka
- 3 sudu makan gula pasir
- 3 sudu makan minyak
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan bijan – disangai
- Keropok secukupnya – yang sudah digoreng
Bahan-bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu makan udang kering
- 1 biji cili merah
- 5 biji cli padi
- 3 cm halia
- 3 biji buah keras
Cara-cara:
1. Perap timun dan lobak merah bersama cuka selama 4 jam.
2. Toskan dan kemudian jemur di bawah panas matahari sehingga kering – sebaiknya selama 1 hari.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
4. Masukkan timun, lobak merah, cili merah dan hijau serta serbuk kunyit.
5. Gaul sebati dan kemudian perasakan dengan garam dan gula.
6. Angkat dan hidangkan.
7. Taburkan bijan di atasnya.
8. Enak dinikmati bersama keropok!
Kredit resipi dan gambar: Amie’s Little Kitchen
Baca juga: Resipi Acar Peria, Ini Petua Hilangkan Rasa ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan