acar ikan

Selain acar buah, acar juga boleh diolah kepada pelbagai menu seperti acar ikan tongkol ini.

Ikan tongkol masak acar merupakan salah satu sajian yang terkenal di negeri Terengganu.

Selain itu, masakan ini juga boleh dikatakan menu legend orang zaman dahulu yang masih digemari ramai sehingga sekarang.

Jika ada yang tidak pernah merasainya dan ingin mencuba, boleh ikuti resipi perkongsian oleh Puan Norashikin Ismail di bawah.

Baca juga: Jom Cuba Acar Timun Sarawak Ini, Tak Sama Dengan Acar Timun Biasa!

RESEPI ACAR IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol
  • 4 biji timun batang
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 2-3 sudu besar cuka makan @ air asam jawa
  • Cili merah (potong panjang)
  • Bawang besar dibelah 4
  • Garam
  • Gula

Cara memasak:

  1. Lumur ikan tongkol dengan garam sehingga rata. Goreng sekejap.
  2. Kisar bahan bertanda (*).
  3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar. Bila dah agak masak, masukkan bawang yang sudah dikisar serta cili merah dan juga bawang besar yang dibelah empat.
  4. Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
  5. Letakkan timun dan cuka (atau air asam jawa).
  6. Masukkan juga ikan yang siap digoreng.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Biarkan sehingga timun masak dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Norashikin Ismail

Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN