Untuk juadah hari raya, mari cuba buat Rendang Pegaga. Memang sedap walaupun cara penyediaan hidangan ini banyak bahan-bahannya.
Cara memasak rendang pegaga boleh berbeza mengikut keutamaan setiap individu atau keluarga. Daging atau bahan protein lain seperti ayam kampung atau ikan bilis biasanya dimasak bersama dengan daun pegaga.
Proses memasak ini mengambil masa yang agak lama, membolehkan bahan-bahan meresap sepenuhnya ke dalam daging atau bahan protein, serta menghasilkan kuah yang pekat dan kaya.
Baca juga: Tip Masak Rendang Guna Ayam Kampung, Ini 9 Teknik Nak Bagi Lembut
Bukan itu sahaja, daun pegaga juga banyak khasiatnya dan telah lama digunakan dalam amalan perubatan tradisional Melayu. Ia kaya dengan pelbagai nutrien, termasuk vitamin A, vitamin C, dan antioksidan, daun pegaga dianggap memiliki sifat penyembuhan dan penyegar.
Kehadirannya dalam rendang tidak hanya memberikan aroma segar, tetapi juga meningkatkan nilai pemakanan hidangan tersebut. Ikuti resipi dari perkongsian Mak Bee ini.
RESIPI RENDANG PEGAGA
Baru sahaja selesai memasak rendang pegaga. Ya, dahulu ketika saya masih kecil, nenek biasanya membuat rendang ini. Dahulu, hanya perlu ambil di tepi sawah sahaja.
Pagi tadi saya singgah di pasar pagi, membeli kira-kira 3 ikat pegaga. Biasanya rendang pegaga ini boleh dicampur bersama ayam kampung, daging salai, dan ikan bilis. Sama seperti rendang maman juga.
Tetapi hari ini saya masak hanya dengan menggunakan ikan bilis. Bau aromanya mengingatkan saya pada masa nenek memasak di kampung dulu. Lagi-lagi guna dapur kayu. Sungguh nostalgia yang benar.
Bahan-bahan:
- 4 ikat pegaga – dibuang akarnya dan dibersihkan
- 3/4 kotak santan kara (500g)
- 15 tangkai cili padi#
- 6 inci kunyit hidup#
- 5 keping asam keping
- 1 genggam ikan bilis
Bahan yang bertanda # di atas dikisar halus
- 2 sudu kecil lada hitam – ditumbuk
- Garam secukup rasa
Cara -cara memasak:
1. Siapkan kuali, masukkan bahan yang dihiris halus. Masukkan santan, ikan bilis, asam keping.
2. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan pegaga. Jangan kacau terlalu banyak supaya tidak pahit.
3. Tunggu sehingga kering, masukkan lada hitam dan garam.
4. Sudah siap. Mudah bukan.
*Mak Bee memang masak apa pun suka guna kuali yang pernah digunakan oleh arwah nenek kerana senang untuk dikacau.
Selamat mencuba.
Baca juga: Rendang Kacang Cara Nismilan, Antara Lauk Kampung Yang Sedap!
Sumber: Facebook Mak Bee