Kuih tiram atau nama panggilannya yang lain adalah kuih lidah buaya. Kuih ini merupakan kuih tradisional Melayu Brunei di Papar Sabah. Rasanya yang rangup sangat sesuai dijadikan minum petang atau moreh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fifa Ayu di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih tiram atau nama panggilannya yang lain adalah kuih lidah buaya. Kuih ini merupakan kuih tradisional Melayu Brunei di Papar Sabah. Rasanya yang rangup sangat sesuai dijadikan minum petang atau moreh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fifa Ayu di Facebook.
1 kg tepung
⅓ cawan marjerin
⅓ cawan minyak masak
1 sdb garam
Kredit: Fifa Ayu
Gaul sebati semua bahan di atas.
Tambah air sedikit demi sedikit sambil gaul, sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan dan bekas uli. Tidak keras sangat dan tidak lembut sangat. Rehatkan doh selama setengah jam atau lebih.
Uli secara memanjang doh yang sudah sedia tadi dan potong kepada beberapa bahagian.
Cantumkan doh, pasang-pasangkan menjadi dua.
Keluarkan sepasang doh dan selebihnya biarkan dahulu di dalam bekas tertutup. Mula gelek satu doh dahulu untuk.memudahkan proses menggelek.
Sentiasa dusting doh dengan tepung gandum. Tetapi jangan terlalu banyak. Dusting nak bagi smooth kerja menggelek sahaja.
Uli bagi jadi 4 segi. Cukup lebar dan cukup panjang. Bagig nipis elok je. Tebal sedikit dari kulit popia.
Lepas itu dap minyak masak atas doh. Celuh jari di dalam minyak dan dap. Sapu rata minyak itu.
Lepastu kena dusting dengan tepung ubi atau tepung jagung.
Kemudian gulung, buat yang sama juga untuk pasangan dia. Selepas itu bergulung sama.
Doh yang sudah siap digulung tadi potong mcm kecil-kecil.
Ambil satu tekan daripada bahagian atas dengan jari telunjuk dan gelekkan.
Minyak mesti betul-betul panas. Api sederhana semasa menggoreng. Selepas msukkan dalam kuali terus bolak balikkan dengan lidi bagi lapis dia kembang elok. Guna lidi sate pun boleh.
Siap dan boleh di makan bersama gula ising.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…