rahsia telur burung puyuh

Ramai yang tidak tahu, rupa-rupanya ada rahsia telur burung puyuh dan banyak manfaat yang kita boleh dapat jika dimasukkan dalam diet pemakanan harian. 

Telur puyuh atau Quail Egg dalam bahasa Inggerisnya ini adalah sejenis telur bersaiz kecil yang dikomersialkan dan mendapat permintaan yang baik di kalangan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Baca juga: Tip Buat Telur Masin Sedap Guna Telur Ayam Pencen, Cantik Kejadiannya

Bukan itu saja, telur ini juga mempunyai banyak khasiat, selain dari banyak khasiat telur burung puyuh juga sedap di masak dengan pelbagai cara masakan. Contohnya masakan sambal, berlado, acar mahupun berempah.

Ikuti perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar ini menerusi hantaran di page Facebooknya. 


RAHSIA TELUR BURUNG PUYUH YANG RAMAI TAK TAHU

rahsia telur burung puyuh

Sekali sekala ambil sumber protein dari telur si burung puyuh. Tiny but mighty. Ada peminat tak dekat sini? Telur puyuh Ini sedap rebus dan dimakan begitu saja.

3-4 biji telur puyuh bersamaan dengan 1 biji telur ayam. Ramai tak tahu, nilai nutrisi telur puyuh lebih kurang sama dengan telur ayam.

Power tak power telur puyuh. 

Lebih tinggi sumber protein, vitamin B1 tiga kali ganda lebih banyak, vitamin A dan B2 dua kali ganda lebih tinggi. Kalau yang alah pada telur ayam, boleh ganti dengan telur puyuh. Telur puyuh tak menyebabkan alergi atau alahan. Terima kasih kepada kehadiran ovomucoid.

Bukan itu saja, ovomucoid juga bertindak sebagai ejen antikanser. Cegah pertumbuhan tumor. Ia juga rendah indeks glisemik. Sesuai bagi penghidap diabetik. Yang nak kurus pun boleh ambil. Bantu kecilkan saiz pinggang, kecutkan perut, bekalkan tenaga.

Paling padu, walaupun kecil tapi telur puyuh tinggi iron. Penting untuk penghasilan sel darah merah. Cegah anemia. Selain kaya potassium 5 kali ganda berbanding telur ayam. Potassium penting untuk fungsi tubuh. Bantu proses kembang kecut salur darah untuk kawal tekanan darah.

Kalau nak kulit cantik. Kurang jerawat dan perbaiki complexion kulit. Berdampinglah dengannya. Untuk ibu mengandung pun sangat elok. Boleh begitu?


Semoga perkongsian dari doktor ini memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

Baca juga: Telur Bumbu Kuning Pedas Resipi Indonesia, Sedap Makan Bersama Nasi Impit, Pulut Kuning

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN