rahsia masak daging goreng

Rupanya ada rahsia masak daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan guna daging batang pinang. Malah tidak guna pressure cooker sama sekali, tapi daging tetap lembut, berjus dan manis.

Nak tahu caranya? Boleh cuba tips dan cara masak daging goreng kunyit yang telah dikongsikan oleh Ummi Syuhada di laman sosial Facebook menerusi group Masak Apa Hari Ini (MAHN).

RAHSIA MASAK DAGING GORENG KUNYIT YANG LEMBUT & BERJUS

Daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan daging batang pinang.

Baca juga: Resipi Sup Daging Ori Thai. Kena Letak Satu Bahan Ini Baru Rasa Lagi ‘Kick’

Bahan-bahannya:

  • Bawang besar
  • Lobak merah
  • Kentang
  • Daging
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah sup
  • Rempah kurma
  • Serbuk kunyit

Cara-caranya:

1. Goreng bawang, lobak merah dan kentang terlebih dahulu. Ketepikan.

2. Perap daging bersama bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma dan serbuk kunyit. Gaul sebati.

3. Ini cara mudah jika masak untuk sahur. Goreng daging perap tadi dalam 5 minit. nak bagi air daging keluar dulu.  Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging. Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup kuali.

4.  Masa bangun sahur tambah air, sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur. Daging selama dia terperap dalam kuali tu, dia melalui proses melembutkan urat-urat daging. Isi daging lebih berjus dan manis.

Tips penting:

  • Jangan masak semasa daging masih beku dan sejuk
  • Jangan masak menggunakan api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi
  • Kalau nak buat goreng-goreng atau masak kicap, kena perap dulu dengan bawang putih, halia dan rempah

Kredit: Ummi Syuhada

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN