Categories: Tips & Petua

Ini 4 Rahsia Nak Bagi Kaki Ayam Empuk Dan Tak Hamis, Baru Sedap Nak Makan

Tak dinafikan, kaki ayam juga mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Sebenarnya ramai peminat kaki ayam ni akan memborong kaki ayam ni kerana tahu khasiatnya walaupun ianya tidak semahal makanan premium lain yang mempunyai manfaat lebih kurang sama.

Biasanya kalau ke pasar mesti ramai akan beli ayam dan tidak mahu kaki ayam tu kan?

Siapa yang pernah menikmati kaki ayam pasti tidak dapat menafikan lagi rasanya yang enak, bahkan ianya juga baik untuk kesihatan.

Baca juga: Sup Kaki Ayam Ala Thai, Cara Mudah & Sedap

Kaki ayam mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh.

Rahsia Masak Kaki Ayam Empuk Dan Tidak Berbau


Tak perlu risau lagi, guna je petua ringkas ini untuk dapatkan kaki ayam yang empuk dan boleh hilangkan bau hamis itu.

1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya , Rendam dalam air panas

Pastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.

2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka.

Rendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.

3. Rebus dengan aneka rempah

Bagi mempercepatkan proses rebusan dan kaki ayam empuk, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.

4. Masak dengan rempah pedas

Selain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.

Tip Memasak Kaki Ayam Empuk

Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.


Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tips untuk memasak kaki ayam empuk, tidak hamis dan menghilangkan semua potensi bakteria.

1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.

2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.

3. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.

4. Longkang dan hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.

5. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.

6. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan memasak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam di dalam peti sejuk.

Manfaat kaki ayam memang cukupa banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang betul dan bersih. Kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.

Nah, senang sahaja bukan? Sekarang dah tahu rahsia untuk mendapatkan kaki ayam empuk dan tidak hamis. Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya. Selamat mencuba.

Sumber: HelloDoktor

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

2 days ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

2 days ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

2 days ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

2 days ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

2 days ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

2 days ago