Jika korang berada di persimpangan empat penjuru Bukit Bintang dan terfikir untuk menggunakan tandas di restoran McDonald’s di sana, lebih baik fikir dua kali!
Dengar cerita, cawangan McDonald’s Bukit Bintang telah melakukan satu perubahan sempena tahun baru 2023 apabila ia mengekhaskan penggunaan tandas bagi pelanggan yang telahpun membuat penbayaran di kaunter.
Hanya pelanggan yang memesan makanan daripada McDonald’s dan diberikan resit sahaja yang kini boleh menggunakan fasiliti tersebut.
Baca juga: Sakan Order ‘Mekdi’ Sampai RM17000, Telatah Dua Budak Ini Buat Netizen Terhibur!
Seorang pengguna di Twitter bernama @tekong, telah berkongsi sekiranya restoran lain memberikan kata laluan bagi perkhidmatan Wi-Fi kepada pelanggan, lain pula ceritanya dengan cawangan McDonald’s yang satu ini apabila ia memberikan kata lalun untuk menggunakan tandas!
Jelas tertera di bawah resit kata laluan tandas untuk korang gunakan sebagai pelanggan. Jika tiada resit ini, jangan haraplah korang boleh buka pintu tandas itu.
Hantaran di Twitter tersebut menjadi tular susulan rasa terkejut yang dirasai netizen apabila mengetahui tentang peraturan baharu ini.
Twitter @tekong
Demi membuktikan bahawa kata laluan pada resit itu benar-benar legit, hantaran itu disertakan dengan foto yang menunjukkan kotak pin di sebelah pintu tandas agar pelanggan boleh memasukkan nombor kata laluan. Turut serta dalam foto tersebut adalah arahan penggunaan tandas tersebut.
Antara komen netizen:
Jangan pula korang terkejut jika restoran dan kafe lain di sekitar Lembah Klang akan mengaplikasikan cara ini di cawangan mereka.
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…
Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…