Seorang pengguna Facebook, Nurulain Insyirah berkongsikan rahsia resepi sambal belacan yang lebih beraroma dan tahan lebih lama. Bukan itu sahaja, sambal juga akan lebih wangi dan sedap!
Perkongsian ini istimewa untuk anda yang ‘gagal’ setiap kali buat sambal belacan serta tidak tahan lama jika disimpan dalam peti ais. Akhirnya, terbuang begitu sahaja stok sambal yang dibuat. Sayang bukan?
Jom lihat perkongsian oleh beliau di bawah. Selepas ini bolehlah buat sendiri stok sambal belacan di rumah, senang bila nak makan dengan nasi.
Lihat pula tips di bawah untuk menghasilkan sambal belacan yang lebih wangi, sedap dan tahan lama.
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan lebih tahan lama.
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ini petua supaya tidak sakit perut selepas makan sambal.
Kredit: Nurulain Insyirah
Baca juga: Resipi Sambal Jawa Asli, Sekali Cuba Pasti Akan Nak Lagi & Lagi
Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…
Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…
Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…
Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…