putu mayam pandan

Mari cuba buat resipi Putu Mayam Pandan. Selalu bila ke pasar malam saja yang dapat jumpa. Tapi tahu tak sebenarnya nak buat dessert ini senang saja. 

Kalau anda perasan, di kedai pun ada dua warna putu mayam. Biasanya yang dijual adalah warna hijau iaitu pandan dan juga putih yang tiada perasa. Sedap juga dapat makan ketika masih suam dan cicah dengan gula merahnya.

Baca juga: Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia, Gebu dan Sedap 

Kalau ada yang nak belajar buat putu mayam ni, boleh ikut cara yang MyResipi nak kongsikan ni. Bila dah tahu, bolehlah buat hidangan minum petang, atau nak buat untuk jualan juga boleh.


RESIPI PUTU MAYAM PANDAN

Sekolah anak cuti peristiwa hari ini. Sekali di ajaknya buat putu mayam pandan. Adeh, dia ingat mummy dia pandai buat. Tapi tak apa lah, demi anak, mummy cuba. Google saja resepi.

Setiap kali nak masak apa, resepi saya akan google kemudian try dan error saja. Alhamdulillah menjadi akhirnya putu mayam pandan ini.

putu mayam pandan

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan putu:

1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.

2. Panas dan didih air terlebih dahulu.

3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.

4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit2 sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.

5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.

6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.

7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.

8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.

putu mayam pandan


Selamat mencuba.

Resipi: Nor Fatihah Nawi

Baca juga: Kuih Lepat Liat Cara MUDAH, Hanya Guna Sukatan Cawan Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN