Siapa sangka sebenarnya sudu dan garfu yang berkarat boleh membahayakan kesihatan kita sekeluarga tanpa kita sedari. Dapur sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat untuk menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat kepada keluarga.
Walaupun ianya diperbuat daripada keluli tahan karat, sudu dan garpu tidak terjamin 100 peratus akan bebas dari karat. Jadi, apakah punca sudu dan garfu menjadi cepat berkarat? Mari kita ketahui tiga sebabnya di bawah.
Baca juga: Jangan Buang ‘7 Benda’ Ini Dalam Sinki, Patutlah Asyik Tersumbat!
1. Beli yang tertulis ‘tahan karat’
Semasa berbelanja di pusat membeli belah atau pasar raya, pasti kita pernah melihat tulisan ‘tahan karat’ yang ditulis di bahagian belakang pembalut sudu dan garpu. Tulisan tersebut bertujuan untuk memberitahu bahawa bahan yang digunakan adalah dari keluli tahan karat. Namun begitu, komposisi keluli tahan karat yang digunakan mempunyai tahap yang berbeza-beza.
Contohnya, sudu dan garpu dengan komposisi 18/10, yang bermaksud ianya mengandungi 18 peratus kromium dan 10 peratus nikel. Atau ada juga contoh lain seperti 18/8 yang bermaksud 18 peratus kromium dan 8 peratus nikel.
Salah satu sebab kenapa sudu dan garpu mudah berkarat adalah kerana komposisi nikel yang terlalu sedikit. Atau dengan kata lain, semakin banyak tinggi kandungan bahan nikel, semakin lama tempoh tahan karat.
Langkah pertama yang perlu anda ambil tahu sebelum anda ingin membeli sudu dan garpu adalah dengan mencari bahan asas dari nikel yang lebih tinggi.
2. Jenis bahan pencuci yang digunakan
Walaupun dengan komposisi nikel yang lebih tinggi, bahan pencuci yang digunakan juga boleh menjadi penyebab sudu dan garpu mudah menjadi karat. Ternyata ia masih belum sepenuhnya dijamin bebas karat.
Rupanya, untuk mengelakkan sudu dan garpu berkarat juga bergantung rapat dengan cara kita menjaganya. Dengan kekerapan penggunaan sabun pencuci pinggan dari masa ke semasa juga boleh menjadi sebab sudu dan garpu pasti akan berkarat.
3. Membiarkan sudu dan garpu di dalam sinki terlalu lama
Jika alatan ini dibiarkan terlalu lama dalam keadaan basah di dalam sinki, asid dan sisa makanan boleh menghakis permukaan dan seterusnya menyebabkan sudu atau garpu lebih mudah berkarat dan berlubang. Begitu juga jika sudu dan garpu yang telah dicuci tidak dikeringkan atau dibiarkan ia kering sendiri di rak pinggan.
Untuk mengelakkan alatan ini dari mudah berkarat, anda harus mencuci setelah digunakan dan segera dikeringkan. Ini bagi memastikan sudu dan garpu tahan lebih lama dan tidak berkarat dengan penjagaan yang baik.
Cara penyimpanan alatan ini juga memainkan peranan, anda boleh menyimpannya secara berasingan dari alatan yang lain. Ini juga dapat mengelakkan dari calar akibat geseran dengan alatan lain.
Kredit: Murai
Baca juga: Api Dapur Gas Menyala Kecil? Ini Cara Servis & Selamatkan Dapur Gas Kesayangan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…