pulut huning hiasan angsa

Kebiasaannya apabila ada majlis perkahwinan, pulut kuning hiasan antara salah satu pilihan yang sangat sinonim dengan adat Melayu yang dipilih sendiri oleh pihak pengantin.

Hendak pula ramai penggemarnya hidangan ini kerana teksturnya yang berlemak dan sedap dimakan bersama kari, rendang, mahupun sambal tumis

Baca juga: Pulut Kuning Tanpa Santan Lagi Tahan Lama, Ini Cara Membuatnya! 

Disebabkan ia pulut kuning hiasan atau pulut kuning berhias ini sering ditempah untuk majlis dan hadiah hantaran. Jadi, jangkaan pelanggan yang memesan mestilah inginkan ia sempurna dan cantik.

Namun lain pula kisahnya yang terjadi pada pengantin ini apabila hantaran videonya di laman TikTok tular mengenai hiasan pulutnya berbeza betul dengan apa yang dimintanya.

Kisahnya itu telah meraih perhatian netizen hinggakan mereka pening hendak kasihan atau terhibur.

Paparan video yang dimuat naik oleh @nicksue itu, difahamkan dia meminta pulut kuning hiasan angsa seperti yang tertera di dalam gambar namun lain pula yang dapat apabila sampai.

Video Penuh:

Alangkah terkejutnya pengantin tersebut apabila permintaan hiasan berupa angsa itu jauh berbeza apabila tiba di hari perkahwinannya.

Dia membuat kapsyen “Minta angsa tapi yang dapat dinosaur,” luahnya geram.

Bukan itu sahaja, hiasan di sekeliling ‘angsa’ tersebut turut kelihatan comot dan bersepah dengan taburan tomato, telur dan cendawan seperti di hutan rimba.

pulut kuning

Caj RM150 Untuk Pulut Kuning Berhias

Apa yang lebih mengejutkan lagi, pihak pengantin tersebut telah dikenakan caj yang agak mahal untuk kek pulut tersebut iaitu sebanyak RM150.

MyResipi turut meninjau di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terhibur kerana melihat rupa ‘angsa’ yang dibuat oleh penghias kek pulut kuning itu.

Ada juga netizen yang bersimpati dengan nasibnya, tetapi masih mengatakan ia membuatkan mereka terhibur.

Antara Reaksi Netizen:

pulut kuning hiasan


Adoi, kasihan dekat pengantin dapat angsa darkweb, yang berniaga buat hiasan kek pulut tu, korang jangan aniaya pelanggan macam ini tau. ‘Konpiden’ tu dah okay dah, tapi jangan menipu..

Baca juga: Masak Pulut Kuning Cara Malas & Cepat. Tak Perlu Rendam Pulut, Santan Pun Beku Lagi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN