Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah.
Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi.
Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik.
2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk.
3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula.
4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau licin supaya tak berketul.
5. Seterusnya, pastikan untuk biar ia suam terlebih dahulu.
6. Setelah itu, tuang semula ke dalam kotak yang sama.
7. Lipat bahagian atas kotak supaya tertutup rapi.
8. Akhir sekali, simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam.
Lihat betapa mudahnya buat pencuci mulut yang lazat di rumah dengan menggunakan air kotak saja. Jika anda buat Puding Susu Kotak ini, pasti anak-anak seronok menikmatinya.
Selamat mencuba!
Sumber: Julia ALeen Aireish
Baca juga: Puding Sumi Jelly Ala Tutti Fruity, Warna-Warni Begini Mesti Budak-Budak Suka!
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…