puding roti

Puding roti buah merupakan salah satu manisan pencuci mulut yang sangat sedap dan senang dibuat.

Gabungan roti yang lembut, manis buah-buahan dan biji selasih menjadikan puding ini menyegarkan selain tekstur yang lembut cair di dalam mulut.

Menerusi perkongsian oleh Puan Qaseh Fie di laman sesawang Facebook, resipi ini sangat senang untuk dibuat. Jom kita tengok resipinya.

Baca juga: Puding Lapis Mangga Style Mr. Ali, Memang Nikmat Makan Sejuk-sejuk!

RESIPI PUDING ROTI BUAH SELASIH

Bahan-bahan A: 

  • 1 paket agar-agar atau sebanyak yang diperlukan mengikut kepekatan
  • 4 keping roti
  • 3 sudu makan tepung kastard 
  • 1 tin susu cair
  • Gula secukupnya
  • 1 helai daun pandan
  • Air secukupnya atau ikut sukatan agar-agar (satu paket agar-agar bersamaan 1 paket air)

Bahan-bahan B:

  • Separuh paket agar-agar
  • Gula secukupnya
  • Pewarna merah
  • Buah tin campur
  • Selasih secukupnya, direndam

Cara-cara penyediaan:

1. Masak bahan A dengan mencampurkan agar-agar bersama daun pandan dalam periuk. Biarkan larut dan masukkan gula secukupnya.

2. Masak dengan api perlahan.

3. Kisar roti bersama susu cair dan tepung kastard sehingga hancur.

4. Masukkan roti ke dalam agar-agar yang sedang dimasak. Gaul sehingga rata dan rasa manisnya. Tambah gula jika perlu.

5. Kacau dengan api perlahan hingga mendidih, kemudian tuangkan campuran ini ke dalam bekas. Tinggalkan sedikit ruang untuk lapisan bahan B.

Bahagian B:

1. Masak bahan B dengan mencampurkan separuh paket agar-agar sehingga larut.

2. Masukkan gula dan pewarna merah secukupnya. Masak hingga mendidih.

3. Tuangkan campuran agar-agar ke atas lapisan A yang sudah membeku dengan lapisan nipis. Kemudian masukkan selasih dan buah tin ke atasnya.

4. Sejukkan sebentar sebelum dipotong dan dihidangkan.

puding roti

Selamat mencuba resipi yang sangat mudah ini!

Kredit resipi: Qaseh Fie

Baca juga: Resipi Puding Coklat Paling Senang, Kena ‘Lorek’ Dengan Garfu Baru Lapisan Tak Bergerak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN