Puding kastard labuPuding kastard labu adalah pencuci mulut yang unik dan menyelerakan. Ia menggabungkan kelembutan puding kastard dengan rasa manis dan aroma labu.

Hidangan ini sesuai disajikan pada bila-bila masa, terutama sekali sebagai pencuci mulut selepas hidangan utama. Resipi ini mudah untuk anda ikut dan pastinya akan memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.

Jom baca perkongsian oleh Imah Akmal ini.

Baca juga: Ikan Kerapu Masak Kuah Limau, Masam Pedas Menyengat Buat Berpeluh!

RESIPI PUDING KASTARD LABU

Bahan-bahan

  • Sebiji labu (potong bahagian atas, buang biji dan sabut, bersihkan)

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred B
  • 250ml santan (gunakan santan kotak 200ml + 50ml air)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1/2 cawan gula (kurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Penyediaan

1. Panaskan pengukus terlebih dahulu.

2. Satukan separuh santan, tepung kastard, susu pekat, gula, garam, dan esen vanila. Kacau sehingga gula larut.

3. Masukkan baki santan dan telur. Kacau sehingga sebati.

4. Tapis bancuhan puding tadi untuk mendapatkan tekstur yang halus.

5. Masukkan bancuhan puding ke dalam labu yang telah dibersihkan.

6. Kukus labu yang berisi puding selama 45-60 minit atau sehingga puding masak sepenuhnya.

7. Setelah masak, keluarkan labu dari pengukus dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Puding kastard labu

Selamat mencuba!

Sumber: Imah Akmal 

Baca juga: Sambal Tumis Bilis, Gelap Tapi Sedap Menyelerakan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN