PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-09 02:57:39
Puding Kastard Jagung ini merupakan antara pemanis mulut kegemaran orang ramai. Kebiasaannya kita akan jumpa hidangan ini semasa majlis kenduri keluarga mahupun di majlis-majlis rasmi. Bagi para penggemar pudding kastard jagung, anda boleh cuba membuatnya sendiri di rumah. Jom ikuti perkongsian daripada Cik Nor ini menerusi Facebooknya.
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung kastard
- 1 tin jagung manis
- ¾ cawan gula pasir (sukatan mengikut citarasa masing-masing)
- 3 cawan air
- 1 kotak santan
- ½ sudu the garam
Kredit: Cik Nor
Cara-caranya:
- Mula-mula, campurkan kesemua bahan yang telah disediakan ke dalam periuk.
Kredit: Cik Nor
- Kemudian, kacaukan semua bahan sehingga rata dan sebati.
- Selepas itu, letakkan periuk di atas stove dan masak adunan tadi dengan api yang perlahan.
- Kacau sekerap-kerapnya sehingga tekstur adunan kelihatan pekat dan berkilat.
- Kemudian, tutupkan api dan cedokkan ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar.
Kredit: Cik Nor
- Selepas siap, masukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.
Siap! Mudah sahaja penyediannya kan? Selamat mencuba!