Siapa sangka popia sambal berinti tauge mentah boleh menjadi kudapan kegemaran ramai dan mendapat sambutan luar biasa. Tanpa bahan mahal atau inti rumit, resipi ringkas ini terbukti mampu menghasilkan popia sambal yang rangup, sedap dan tidak mudah lembik.
Perkongsian oleh Imanja Zaida di Facebook menunjukkan teknik mudah ini bukan sahaja berkesan, malah sesuai dijadikan jualan kerana kos rendah dan permintaan tinggi. Walaupun hanya menggunakan tauge mentah, ia kekal rangup selepas disalut sambal jika dibuat dengan cara yang betul.
Baca juga: Tips Goreng Popia Carbonara Supaya Tak Pecah, Confirm Inti Tak Meletup!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan inti:
Bahan-bahan sambal:
Cara-cara penyediaan:
1. Basuh tauge hingga bersih, kemudian toskan sehingga betul-betul kering. Langkah ini sangat penting bagi memastikan popia tidak lembik.
2. Jika suka, campurkan lobak merah parut bersama tauge.
3. Ambil sekeping kulit popia dan gulung inti tauge dengan kemas.
4. Goreng popia menggunakan api perlahan hingga masak sekata dan betul-betul rangup. Angkat dan toskan.
*Nota penting: Jangan biarkan popia terlalu lama selepas digoreng sebelum disira sambal kerana ia boleh menyerap lembapan.
5. Kisar cili kering bersama sedikit air sehingga halus.
6. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar hingga naik bau.
7. Masukkan gula dan garam, kemudian masak hingga sambal hampir kering dan tidak berair.
8. Tutup api dan segera masukkan popia goreng.
9. Gaul dengan cepat sehingga popia bersalut sekata.
10. Taburkan bijan sangai untuk aroma dan rasa yang lebih sedap.
Rahsia popia sambal kekal rangup:
Dengan teknik ini, popia sambal boleh kekal rangup walaupun selepas disalut sambal.
Popia sambal sangat sesuai untuk dijadikan jualan kerana modal rendah, bahan mudah didapati, cepat dan rasa sedap. Jadi, tak hairanlah ia menjadi antara kudapan yang laris dan digemari pelbagai peringkat umur.
Selamat mencuba!
Sumber: Imanja Zaida
Baca juga: Popia Goreng Pedas Manis, Rangupnya Boleh Tahan Sampai Ke Petang
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…