Categories: Resipi

Resipi Popia Goreng Cheese Yang Rangup Leleh Bila Makan, Yang Pasti Tak Berminyak!

Seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Azizah Daud berkongsi resipi popia goreng cheese yang tak kering dan tak berminyak. Popia ini juga merupakan resipi adiknya yang lain dari lain.

Menariknya, resipi ini bukan saja sesuai untuk dimakan panas-panas, malah boleh dibuat banyak dan dibekukan. Jadi bila terasa nak makan, tinggal keluarkan dari peti dan boleh terus goreng.

Resipi ini mudah sangat nak ikut dan bahan yang digunakan pun ringkas. Tapi hasilnya memang puas hati! Intinya lembut, sayurnya masih rasa segar dan cheese pula meleleh bila digigit.

Baca juga: Resipi Popia Roti Sardin Yang Rangup Kruk Krak, Makan Satu Memang Tak Cukup!

RESEPI POPIA GORENG CHEESE

Bahan-bahan popia cheese goreng:

  • 1 paket kulit popia (50 keping)
  • 1 biji sengkuang besar (dipotong halus)
  • 4 batang lobak merah (dipotong halus)
  • 2 keping dada ayam (dipotong halus)

Bahan tumis:

  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang holland (potong dadu)
  • 1 camca besar udang kering (ditumbuk)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Tambahan:

  • Kepingan cheese (dipotong 3–4 bahagian setiap keping, untuk digulung bersama popia)

Cara membuat popia cheese goreng:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan bawang holland dan udang kering.
  2. Masukkan isi ayam, garam, gula, serta sedikit serbuk perasa jika suka. Gaul rata.
  3. Kemudian, masukkan sengkuang dan lobak merah. Masak sekejap sahaja (jangan terlalu lama supaya sayur kekal rangup).
  4. Tutup api dan biarkan inti sejuk seketika.
  5. Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan sedikit kepingan cheese. Gulung kemas.
  6. Goreng hingga keemasan dan rangup. Angkat, toskan minyak.

Tip: Ayam boleh diganti dengan daging, udang atau ikut selera masing-masing.

RESIPI SOS PENCICAH POPIA

Bahan-bahan:

  • 3 biji cili merah besar
  • 3 biji cili hijau besar
  • 2 camca besar cili kering kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit cuka
  • Air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Gula melaka/nise, garam, gula pasir secukup rasa
  • 1 camca besar tepung jagung (dibancuh dengan air)

Cara membuat:

  1. Kisar kasar cili merah dan cili hijau.
  2. Tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kisar, cili yang dikisar kasar, air, cuka dan air asam jawa.
  3. Perasakan dengan garam, gula pasir dan gula melaka secukupnya.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
  5. Biarkan mendidih hingga sebati. Rasa masam, manis dan masinnya ikut cita rasa anda.

Sos ini bukan sahaja sedap dimakan bersama popia cheese goreng, malah boleh juga dijadikan pencicah untuk cekodok bawang dan pelbagai jenis kuih goreng.

Sumber: Azizah Daud

Baca juga: Resipi Popia Daging Rangup & Penuh Inti, Memang Tak Cukup Makan Satu!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

12 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

12 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

12 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

13 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

13 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

16 hours ago