popia roti sardin

Resipi popia roti sardin ini memang jarang dibuat orang. Tapi percayalah, bila sekali cuba pasti jatuh cinta!

Selalunya roti sardin digoreng terus di dalam minyak panas, tapi kali ini kita beri sentuhan berbeza.

Kita akan balut roti sardin dengan kulit popia sebelum digoreng, menghasilkan tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Baca juga: Cara Buat Popia Sira Confirm Jadi, Ini Rahsia Kekal Rangup Sampai Malam!

RESIPI POPIA ROTI SARDIN

popia roti sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (jenama apa pun boleh, janji sedap)
  • Beberapa keping roti putih (buang tepi keras/kerak dia)
  • Kulit popia secukupnya
  • Sedikit air (untuk lekatkan kulit popia)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan masak sardin seperti biasa. Hancurkan isi sardin.
  2. Ambil sekeping roti dan leperkan sedikit kalau nak. Letakkan sedikit inti sardin di atas roti dan gulung perlahan-lahan.
  3. Ambil kulit popia, letakkan gulungan roti tadi di atasnya dan gulung lagi. Lekatkan hujung kulit popia dengan air supaya tak terbuka masa goreng.
  4. Panaskan minyak dan goreng popia ini sekejap saja, guna api perlahan. Bila dah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!
  5. Makan panas-panas, boleh cicah dengan sos cili atau makan begitu saja pun dah cukup menyelerakan

Sumber: Maizatul Nadiah Othman

Baca juga: Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN