Ramai yang tak tahu, sebenarnya cara basuh daging yang betul boleh membantu hilangkan bau hamis dan buat daging lebih segar sebelum dimasak. Kalau salah cara, bau hanyir itu akan kekal walaupun dah masak lama.
Kadang-kadang bila masak daging atau tulang, kita boleh tercium bau hamis yang agak kuat dan kurang menyenangkan. Bau inilah yang buat sesetengah orang kurang gemar makan hidangan berasaskan daging walaupun lauknya nampak sedap.
Rupanya ada cara mudah untuk hilangkan bau hamis dan petua ini datang daripada orang lama. Seperti biasa, petua dapur daripada orang tua-tua memang banyak membantu dan jarang tak menjadi.
Baca juga: Petua Tulang Ikan Parang Lebih Tersusun & Kurang Berselirat, Senang Nak Makan Asam Pedas!
Menurut petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nurul Syazwina Sazali, kalau tak nak daging atau tulang berbau hamis, masukkan sedikit tepung ketika membasuh daging atau tulang.
Caranya mudah sahaja:
Tepung gandum berfungsi sebagai penyerap bau yang kuat. Bila digaul bersama daging atau tulang, tepung membantu menyingkirkan lendir dan bau yang kurang menyenangkan. Sebab itu, petua orang lama ini masih dipraktikkan sampai sekarang.
Jadi, selepas ini kalau nak masak sup tulang, kari daging atau gulai, bolehlah cuba petua ini dulu. Senang sangat, guna bahan yang memang ada di dapur, tapi hasilnya cukup membantu.
Sumber: Nurul Syazwina Sazali
Baca juga: Petua Cuci Ikan Keli Supaya Hilang Hanyir & Lendir, Baru Berani Goreng Sebab Tak Meletup!
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…
Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…