Categories: Tips & Petua

Guna 5 ‘Tricks’ Ini Bagi Pokok Kacang Botor Berbuah Banyak, Baru Ada Hasil!

Tanam pokok kacang botor tapi selalu tak ada hasil di rumah? Takkan asyik nak beli di kedai setiap kali nak makan. Membazir!

Kalau rumah ada laman, kacang botor ini antara tanaman yang selalu ditanam di rumah dan merupakan sejenis tanaman jangka masa pendek untuk mendapatkan hasil. 

Apatah lagi, ia sesuai dimakan mentah sebagai ulam ketika menikmati hidangan makan tengahari atau makan malam.

Kalau nak tahu, ulam ini juga dikenali sebagai kacang kelisa, kacang botol, kacang kecipir atau dalam bahasa inggerisnya ‘winged bean’ atau ‘four-angled bean’.

Baca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu 

Jika betul penjagaannya minggu ke 10-12 bermula dari hari semai, anda sudah boleh menikmati ulam kacang botor ini. Namun, satu masalah yang selalu terjadi bila menanam sayur ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah (mabuk daun) 

Nak tahu ‘trick’ dapatkan buahnya yang lebat? Jom ikuti tip penjagaan yang dikongsikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia ini. 

Tak derhaka dengan tips ini, memang menjadi!


TIP LEBATKAN POKOK KACANG BOTOR / KACANG KELISA

1. Siram dua kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.

2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.

3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok lain bagi mendapatkan zat makanan, cahaya dan air.  

4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.

5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Hasilnya, pokok akan mula berbuah lebat.

Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.


ANTARA KHASIAT SAYUR KACANG BOTOR

Pada tahun 1975, National Academy of Sciences, National Research Council USA telah menemukan kacang botor dikenali dengan nama “Supermarket on a stalk” kerana khasiatnya yang tinggi (kandungan protein sebanyak 37%) dan setiap bahagian pokoknya (daun, bunga, buah muda, biji dan akar) boleh dimakan, melainkan batangnya.

Dari segi perubatan, disebabkan kandungan proteinnya tinggi, susu dan tepung yang diproses daripada biji kacang botor diiktiraf untuk rawatan kanak-kanak yang kekurangan protein.

Biji kacang botor juga setanding dengan kacang soya, malah ia mengandungi lebih banyak kandungan amino asid seperti lisin dan leusin dibandingkan dengan kacang soya. Disamping itu bijinya mengandungi sumber antioksidan, tocoferol iaitu bahan penting dalam penggunaan Vitamin A yang tinggi.

Daunnya boleh ditumbuk lumat untuk ditampalkan kepada kudis dan bisul dan daun serta biji kacang botor boleh dimakan setelah dimasak untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan kudis.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Masak Miang Pla Pao, Guna Resipi Ini Untuk Dapat Hasil Sedap Macam Kedai Thai

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

3 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

4 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

4 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

5 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

7 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

7 hours ago