Diabetes dan darah tinggi merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang. Setiap pesakit perlu tahu tips untuk mengawal paras gula dalam darah dan petua turunkan darah tinggi supaya tiada sebarang komplikasi serius akan berlaku.
Selain ubat-ubatan, anda juga boleh cuba menggunakan cara tradisional untuk menurunkan darah tinggi dan kencing manis seperti perkongsian oleh pengguna media sosial di laman TikToknya.
Menurut Coach Dahlia, anda boleh mengamalkan minum air buah lemon ini pada setiap hari untuk melihat hasilnya.
Baca juga: Khasiat Air Nasi Atau Rebusan Beras Yang Ramai Tak Tahu, Rupanya Boleh Jadi ‘Ubat’
PETUA TURUNKAN DARAH TINGGI & KENCING MANIS
Bahan-bahan:
- Buah lemon
- Chia seed
Cara penyediaan:
1. Ambil sebiji lemon, basuh sehingga bersih dan belah dua.
2. Perah air lemon dan ambil satu sudu besar jusnya. Campur dengan air mineral atau air tapis.
3. Kacau sebati dan baca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali. Kemudian, baca 3 Qul sekali.
4. Akhir sekali, tutup dengan selawat kepada Nabi sebanyak 7 kali.
Amal setiap hari untuk penawar penyakit darah tinggi dan kencing manis. Waktu paling mustajab untuk diminum adalah sebelum tidur.
Buah lemon juga mempunyai banyak khasiatnya yang lain, iaitu:
- Mencegah masalah berkaitan salur darah
- Mengurangkan paras kolesterol di dalam darah
- Membantu sistem penghadaman
- Mencegah batu karang
- Mencegah anemia
- Menyegarkan nafas
- Mencegah penyakit skurvi
- Mencegah tanda-tanda penuaan
Video penuh:
@smgc.jagabadan Start malamni, akak akak abang abang boleh amalkan tips ni ya. Lemon banyak sgt khasiat untuk badan 🍋 #tipskesihatan #ustazwadiannuar #ustazazharidrus #ustazkazimelias #perahanlemon #lemon #diet #gout #darahtinggi #kencingbatu #kencingmanisitupenyakit #tipsdietmudah #resepidiet
♬ original sound – smgc.jagabadan – COACH DAHLIA | TIPS SIHAT
Kredit: TikTok Coach Dahlia, Root Of Science
Baca juga: Cara Buat Air Nabeez, Minuman Kegemaran Rasulullah Yang Banyak Khasiatnya