
Petua sotong tak kecut selepas dimasak memang ramai cari, terutama bila masak hidangan seperti sambal sotong, sotong goreng kunyit atau sotong masak sambal. Kadang-kadang baru sahaja dimasak, sotong yang asalnya nampak besar terus mengecut dan menjadi kecil sehingga kurang menyelerakan.
Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh dilakukan sebelum memasak supaya sotong tidak terlalu mengecut. Langkah ini juga membantu mengekalkan tekstur sotong supaya lebih lembut dan sedap dimakan.
Tak perlu guna bahan pelik atau cara yang rumit. Hanya perlukan air panas dan sedikit masa sahaja sebelum sotong dimasak seperti biasa. Jom lihat cara-caranya menerusi artikel lengkap di bawah.
Baca juga: Cara Masak Kerang Rebus Supaya Kekal Juicy & Manis, Isi Pun Mudah Tertanggal Dari Kulit
PETUA SOTONG TAK KECUT SELEPAS DIMASAK

1. Bersihkan sotong seperti biasa
Bersihkan sotong dan pastikan bahagian dalam serta kotorannya dibuang terlebih dahulu. Selepas itu, letakkan sotong yang sudah dibersihkan ke dalam satu bekas.
2. Siram sotong dengan air panas
Panaskan air dan siramkan ke atas sotong sehingga rata. Biarkan sotong terendam atau terkena air panas selama lebih kurang 5 minit. Langkah ini dipercayai membantu menyediakan tekstur sotong sebelum dimasak supaya tidak mudah mengecut apabila terkena haba yang tinggi.
3. Keringkan sotong sebelum dimasak
Selepas 5 minit, buang air tersebut dan keringkan sotong terlebih dahulu. Sotong kemudian boleh dimasak mengikut resipi kegemaran seperti biasa.
Dengan cara mudah ini, sotong yang dimasak di rumah boleh jadi lebih elok teksturnya dan tidak terlalu kecut selepas dimasak. Lepas ini tak perlu risau lagi sotong mengecil banyak ketika dimasak!
Sumber: Thread hanghungry_
Baca juga: Telur Rebus 25 Minit Ini Jadi Viral, Kuningnya Gebu & Kenyal Persis Mochi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














