PENULIS
najahnurul
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2021-01-28
Sebenarnya setiap jenis sayur mempunyai cara yang tersendiri untuk menyimpan supaya tahan lebih lama. Apabila kita dah beli sayur-sayuran di pasar mesti anda mengalami masalah untuk menyimpan sayur kerana ia cepat layu dan tidak segar. Tips yang dikongsikan oleh Khairiyah Hamzah di Facebook telah membuktikan sayur-sayuran yang dibelinya tahan hampir 2 bulan dan masih segar. Jom cuba tips ni supaya sayur di dalam peti ais kita boleh tahan lama berbulan-bulan.
Kredit : Khairiyah Hamzah
BAHAN-BAHAN
- Sayur-sayuran
- Tupperware untuk menyimpan sayur
- Tisu dapur
- Sedikit air
- Plastik wrap
CARA-CARA
- Lapikkan tisu pada setiap bekas tupperware.
- Letakkan air di dalam bekas yang berisi taugeh.
- Balutkan dengan tisu yang basah untuk sayur-sayuran yang berakar seperti daun sup dan daun ketumbar.
- Sayur seperti kobis, brokoli dan bunga kobis perlu di balut dengan plastik wrap.
- Untuk cili besar dan cili kampung buangkan tangkai terlebih dahulu baru letakkan di dalam bekas yang mempunyai tisu yang basah.
- Tutup bekas tersebut dan masukkan di dalam peti ais.
TIPS
Jangan sesekali biarkan penutup bekas sayur terbuka dan pastikan peti ais sentiasa dalam keadaan yang sejuk.