petua sayur tahan lama

Seorang pengguna laman sesawang Facebook berkongsikan satu petua simpan sayur agar tahan lama dan tidak cepat layu.

Selalunya, herba segar akan dibuang kerana cepat rosak. Namun, dengan petua ini sayuran akan kekal segar seperti baru dipetik walaupun sudah 15 hari disimpan dalam peti sejuk.

Selain itu, cara ini bukan sahaja dapat membuatkan sayur tahan lebih lama, malah dapat mengelakkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan bulanan.

Jika ingin mengetahui petua tersebut dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian oleh Yuss Aisya di bawah. Cara ini sesuai untuk semua jenis sayur.

Baca juga: Rupanya Ini Jenis Buah & Sayur Yang Boleh Makan Tanpa Kupas, Baru Tak Membazir!

PETUA SAYUR TAHAN LAMA & TIDAK CEPAT ROSAK

“Selama 15 hari dalam bekas itu, sayuran masih segar seperti baru dipetik. Penggunaannya sangat jimat. Dahulu, herba segar sering dibuang kerana rosak.

Terima kasih kepada saudari yang berkongsi petua untuk menyimpan sayuran. Petua tersebut amat berguna bagi saya.

Petuanya adalah dengan mencuci bersih sayuran atau herba segar, mengeringkannya, dan menyimpannya dalam bekas kedap udara seperti plastik ziplock atau bekas plastik biasa yang juga kedap udara.”

Jom sama-sama praktikkan petua ini ya. Bukan saja boleh mengurangkan pembaziran makanan, tapi juga boleh jimat duit belanja!

Sumber: Yuss Aisya

Baca juga: Jenis Sayur Yang ‘Berangin’, Patutlah Perut Kembung & Sakit-Sakit Badan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN