Categories: Tips & Petua

Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna ‘Pressure Cooker’ Pun!

Ibu-ibu nak tahu tak petua rebus nasi impit jimat gas dan juga elektrik? Walaupun tiada pressure cooker di rumah, namun anda tetap boleh rebus nasi impit dengan mudah dan cepat.

Ramai yang memilih menggunakan pressure cooker kerana maklumlah, biasanya jika rebus nasi impit menggunakan dapur gas agak memakan masa yang lama.

Rupanya ada tips dan teknik nak rebus nasi impit supaya jimat gas yang telah dikongsikan oleh Puan Yuhafiqah Mohd Yunus. Semoga perkongsian di bawah berguna untuk anda semua.

Baca juga: Ikut Saja Langkah Demi Langkah Resipi Rendang Ini, ‘Confirm’ Jadi!

PETUA REBUS NASI IMPIT JIMAT GAS & ELEKTRIK

1. Rebus air sampai mendidih, kemudian masukkan nasi impit.

2. Masak selama 10 minit, kemudian tutup api.

3. Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit.

4. Selepas 30 minit, buka semula api selama 5 ke 10 minit mengikut keadaan nasi impit itu.

Petua ini tidak sesuai untuk orang yang guna pressure cooker ya. Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker. Jika masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan guna periuk besar serta kuantiti air yang cukup dan betul-betul mendidih.

Sumber: Yuhafiqah Mohd Yunus

Baca juga: Jom Buat Nasi Impit Cara Orang Lama, Kena Tekan Nasi Lembik Panas-Panas!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago