Restoran ini memang popular dan sentiasa penuh dengan pelanggan. Restoran ini terkenal kerana lokasinya yang menarik untuk makan seafood. Harganya pula sangatlah berpatutan dengan kuakiti makanan yang disajikan. Menurut review yang diberikan oleh pelanggan disini, makanan yang dihidangkan sangatlah sedap sampai ada yang sanggup datang berulang-kali. Antara menu yang mendapat temoat di hati pelanggan ialah Udang Kam Heong, Salted Egg Yolk Squid dan banyak lagi.
Menu utama mereka
Restoran ini menyediakan hidangan laut dengan campuran gaya masakan Cina. Tapi kepada orang Islam anda jangan risau sebab restoran ini dijamin halal dan anda akan mendapati ramai pelanggan muslim makan di sini. Kuah Town Seafood memang terkenal dengan masakan, harga, kebersihan, keselesaan dan layanan mesra pekerja-pekerjanya. Restoran ini sangat sesuai bagi mereka yang datang bersama rakan-rakan atau bersama-sama keluarga dan anak-anak.
Antara menu terkenal mereka
Masakan di restoran ini sangatlah sedap dan harganya juga murah. Itulah sebab kenapa orang ramai suka makan di Tanjung Tirai View Café ini. Yang bestnya, kalau anda keliru nak makan apa, pelayan mereka boleh mengesyorkan hidangan terbaik untuk anda. Selain itu, restoran ini juga terletak di tepi laut. Jadi, pemandangannya sangat cantik terutamanya pada waktu senja. Tambahan pula ia dibuka lewat petang sehingga tengah malam. Jadi, ramai yang datang makan sambil melihat matahari terbenam.
Antara menu mereka
Di Medan Selera Nelayan Bukit Malut ini ada menyajikan berbagai jenis gerai yang menyediakan makanan laut yang segar-segar tau. Bukan sahaja segar, malah ada beraneka jenis yang boleh anda ambil. Cara masakan juga boleh dipilih, sangat menarik!
Anda boleh membuat pilihan seafood sendiri
Haa restoran ni memang popular sangat lah dekat Pantai Chenang. Makanan seafood di sini pun sangat fresh dan murah. Ramai pelancong luar akan cuba makan di sini kerana suasana restorannya yang selesa dan lokasinya yang strategik. Anda patut cuba makan di restoran ini tau!
Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan seafood
Sumber: Saji.my
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…