lembutkan daging

Daging sememangnya menjadi kegemaran ramai tapi boleh jadi spoil mood kalau dagingnya liat, susah bila nak kunyah. Sudah menggunakan bermacam petua namun masih tidak berkesan untuk lembutkan daging.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Mahamidah Hamdan atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ida telah berkongsikan petua untuk melembutkan daging dengan mudah hanya menggunakan satu bahan sahaja.

Jom lihat perkongsian lengkap oleh Cikgu Ida di bawah. Selepas ini tak perlu pening kepala lagi nak fikir cara mengempukkan daging. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Mudah Masak Daging Dendeng, Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk & Sebati Elok

Petua Mudah Lembutkan Daging

“Cara cikgu ida nak lembutkan daging. Selalu orang rebus kan? Tapi cikgu tak rebus..”

Caranya:

1. Letak 2 sudu minyak masak. Panaskan minyak.

2. Kemudian, masukkan daging.

3. Air akan keluar dengan sendiri dari daging itu.

4. Gunakan api yang kuat.

5. Kacau sekali sekala saja dan masak daging sampai airnya kering.

6. Bila sudah hampir kering, baru dikacau dengan kerap.

7. Bila air sudah kering, maka daging itu sudah lembut.

8. Selepas itu, daging boleh dimasak kepada aneka lauk yang disukai. Selamat mencuba petua yang mudah ini. Semoga bermanfaat!

Kredit: Mahamidah Hamzan

Baca juga: Daging Masak Sos Tiram, Resipi Mudah Sedap Dan Enak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN